Wednesday 2 May 2012

23# 'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'



Assalamualaikum
Peace upon to you :)









nak join , mari terjah adeqrifqi


  1. Buat entry bertajuk 'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'
  2. Letakkan banner di atas dalam entry anda.
  3. LIKE page ini AdeqRifqi [wajib]
  4. Kalau suka boleh FOLLOW blog ini [tak wajib]
  5. Tuliskan ucapan terima kasih anda pada guru kesayangan [ikhlas dari hati yea... :)]
  6. Tag 2 orang rakan anda
  7. Tinggalkan link entry di comment box
     Tarikh : 30 April 2012 sehingga 16 Mei 2012 



1. Dah siap
2. Pun dah siap
3. Siap dah LIKE
4. Dah siap-siap tekan butang FOLLOW masa terjah blog anda
5. Dah tulis kat bawah nun ^_^
6. TAG pon selesai
7. Dah hantar, jangan lupa publish ya =))



UCAPAN TERIMA KASIH ANDA PADA GURU KESAYANGAN



Guru atau lebih dikenali sebagai cikgu adalah seorang insan yang banyak membantu ramai pelajar sehingga berjaya. Siapa yang tak kenal guru sendiri, maka dia tidak pernah mengenal erti ilmu. Kerana guru, kita tahu membaca, kerana guru kita tahu mengira, kerana guru kita tahu menilai antara yang baik dengan yang buruk. Sempena Hari Guru yang akan tiba pada 16 Mei pada setiap tahun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru di Malaysia yang tidak pernah mengenal erti penat dan letih dalam mengajar anak-anak bangsa. 

Semua orang pernah alami zaman persekolahan, mula dari tadika, pergi ke sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke universiti. Tidak kisahlah sama ada zaman persekolahan itu membosankan ke apa ke, mesti korang semua ada seorang cikgu yang korang akan ingat sampai bila-bila kan. Sama jugak macam aku. Cikgu yang paling aku ingat dan yang paling aku sayang, namanya Puan Zanainah Abdul Aziz. Cikgu ini guru kelas aku dari darjah empat sampai darjah enam. Walaupun aku ni boleh dikata murid yang agak jarang masuk kelas (sebab join pertandingan macam-macam) cikgu aku ni sabar je layan kerenah aku. Aku ingat lagi masa itu aku nak pergi Sarawak sebab aku masuk pertandingan bercerita *bercerita kanak-kanak uollss* cikgu zana bagi aku duit RM 50. Time tu RM 50 tu dah masyuk sangatlah kan, dah boleh beli macam-macam babe, sekarang hmm tak tahu nak cakap. Duit tu aku simpan buat kenangan, then bila balik sarawak, aku ingat nk bagi dia hadiah lah kan kira macam ole-ole, tapi sebab dia lama tak datang sekolah (MC) jadi aku pon terbagilah hadiah tu kat guru besar sekolah aku hehe *sorry cikgu ^_^* Aku ingat lagi adik aku cerita masa aku dah masuk asrama, cikgu tu tanya pasal aku kat adik aku, sebab adik aku satu sekolah dengan aku dulu. Dia tanya aku sihat ke, sekolah mana, macam-macam lah. *TERHARU SANGAT =') * jadi sempena hari guru yang dah nak tiba ni, aku nak ucapkan TERIMA KASIH CIKGU KEPADA PUAN ZANAINAH ABDUL AZIZ DAN SEMUA CIKGU-CIKGU SAMA ADA PERNAH ATAU TIDAK PERNAH MENGAJAR AKU SELAMA INI. PERGORBANAN ANDA SELAMA INI TIDAK TERNILAI HARGANYA ^_^


TAG




Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

2 comments:

Fariz Reza [FR] said...

erm.....surat utusan diterima....cam best je......nak join gak la

Unknown said...

Tekiu joins

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik