Tuesday 8 May 2012

41# 'Sunan Musafir Contest yang Sueperbs'



Assalamualaikum
Peace upon to you :)








pasti korang rasa teruja kan
kalau ya
tekan sini




siapa yang tak kenal "Ramlee Awang Murshid" novelis untuk novel-novel thriller
aku memang minat sangat-sangat semua novel hasil karya beliau
best sangat kalau dapat baca
tak tergambar betapa seronoknya bila dapat baca hasil karya beliau
setakat ni, aku baru beli dua novel beliau. satu "Mikhail" dan satu lagi "Ranggau"
yang first tu aku beli masa form 5, yang satu lagi tu aku baru beli tahun ni, guna baucar rm200 
aku rasa aku nak share satu perkara tentang novel-novel beliau
sebelum ni aku ada jugak cerita dekat kawan-kawan pasal judul-judul novel dekat Malaysia, apa novel yang suka macam-macam la
aku ceritalah aku suka novel Ramlee Awang Murshid sebab aku suka stail beliau hasilkan karya, macam unexpected. contohnya cuba korang baca novel Mikhail tu, korang tak akan sangka macam tu jalan ceritanya, novelis ini nak kita cuba menyelami perasaan watak-watak dalam novel tu. sebab tu la aku suka sangat novel-novel beliau. lagi satu beliau adalah seorang lelaki, agak jarang kita dengar novelis lelaki, selalunya wanita dan disebabkan itulah aku rasa novel-novel beliau sangatlah mantap dan disukai ramai kerana ada kelainan disitu. cuba korang semua baca Hatiku di Harajuku. memang superb lah sebab penulisnya membawa kita ke era jepun dimana melalui penulisannya kita rasa pengalaman di jepun. memag seronok sekali. tentu banyak pengalaman beliau. kalau nak ikutkan banyak sangat aku baca novel-novel Ramlee Awang Murshid masa zaman asrama, tapi disebabkan tak cukup duit, tak boleh nak beli novel-novel tu, sekadar boleh meminjam dari kawan-kawan atau perpustakaan sahaja.


ini lah contoh novel yang aku ada "Ranggau"


disebabkan itu aku nak sangat buku Sunan Musafir edisikulit keras ni, sebab aku memang peminat tegar Ramlee Awang Murshid. aku nak cuba beli sebanyak novel beliau yang ada, tapi kebanyakan buku store yang aku pergi tak ada jual sangat novel-novel beliau. jadi dengan adanya buku Sunan Musafir edisi kulit kerana ini yang katanya kompilasi novel-novel macam "Cinta Sang Ratu" dan macam-macam lagi ada enam buah semuanya kalau tak silap. aku memang teringin sangat nak baca buku tu, sebab aku memang tak sempat sangat nak baca novel-novel beliau, tapi harapnya kalau dapat buku Sunan Musafir ni, aku dapat tingkatkan lagi membeli novel-novel karya Ramlee Awang Murshid, insya allah ^_^







Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

1 comment:

sue perbs.. said...

betul.. cerita2 RAM memg unexpected.. tu yg sy suke pasal karya RAM ni... btw, thanx ye Atiqah sudi join... gud luck to u

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik