Wednesday 18 April 2012

“My Nestle Incredible Story”.

Assalamualaikum
Peace upon to you :)




NESTLE 100 TAHUN DI SISIMU. Fuhh, lama betul dah barangan NESTLE ini ada dengan kita kan. Banyak juga kenangan dengan barangan NESTLE ni, contoh macam MILO, MAGGI, KIT-KAT. Macam-macam lah, kalau sebut satu-satu mesti tak habis kan.







Siapa tak pernah makan megi angkat hidung!! *jerit kuat-kuat. Haa, tipu lah kan siapa yang tak pernah makan, mesti semua pernah kan kan kan, baik mengaku cepat, tak baik tipu. Megi ni makanan sepanjang tahun, mesti tak lengkap kabinet dapur tu tanpa kehadiran megi tercinta, cewah +_+
Megi ni ada macam-macam perisa, ada perisa ayam (untuk yang tak tahan pedas), kari (memang SUPERB), asam laksa, tom yam. Megi amat penting ya kawan-kawan time tengah-tengah malam. Sebab waktu tu adalah waktu kemuncak permintaan perut yang lapar dan mahu diisi. Jadi megi sangat membantu. TERIMA KASIH MAGGI (NESTLE).






 Makan keropok lekor tak sah tanpa SOS CILI THAI NESTLE. Kat rumah aku ni, memang tak akan berhenti beli sos, memang tak boleh kalau tak ada sos. Tak ada rasa babe makan tak ada sos. Kira sos ni penambah perisa tau. Cuba korang makan awam KEPCHI tanpa sos, apa rasa? Haa, tak berapa sedap kan, so aku syorkan korang makan lah ayam, keropok lekor atau apa-apa sahaja dengan sos. Confirm sedap ^_^


















 Minum NESCAFE tak sah kalau tak ada susu or krimer. Tapi itu bagi yang suka ada rasa-rasa susu atau kalau korang yang original punya rasa, tak payahlah tambah krimer tu, boleh rasa KEASLIAN yang sejati. NESCAFE ni bagus untuk yang suka stay up (student) atau pekerja-pekerja yang kerja sampai lewat malam. Kalau minum NESCAFE confirm aku boleh jamin tak akan tertidur punya. Kalu berani, cuba lah :)







Masa tengah tengok-tengok barang dalam fridge, tiba-tiba terjumpa NESTUM - SARAPAN BERKHASIAT. Dulu masa kecik-kecik lah kan, tak puas kalau sehari tak makan nestum. Punya lah suka sampai nestum yang sepatutnya bagi dekat adik, aku curi-curi makan sampai habis, sampai jilat-jilat jari tu. Punyalah sedapnya, memang MARVELOUS!! Sampai sekarang NESTUM ni banyak kegunaan, contoh nak buat kuih raya ke, biskut-biskut mesti guna. Nanti time-time nak dekat raya mesti nestum ni jadi pilihan makcik-makcik or suri rumah sebab nak buat biskut raya :)







Barangan NESTLE memang SUPERB dan AWESOME (thumbs up) ^_^




Terima kasih kerana sudi membaca :)







No comments:

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik