Tuesday 17 April 2012

Kecintaan terhadap binatang

Assalamualaikum
Peace upon to you :)

Entah kenapa tiba-tiba aku terasa nak update entry pasal binatang. Mungkin sebab pagi tadi dapat berita pasal kucing  yang aku jaga tuh mati kena langgar kot, itu yang tiba-tiba terasa nak buat entry pasal binatang. Aku tak ada la specific kan apa binatang yang korang kena bela or sayang, tapi as long korang bela and sayang binatang tuh, insyaallah mereka akan membawa rezeki kepada kita, insyaallah amin :)

wah tengok kat belakang tuh, itu tanda nya kita sayang binatang tau. Padahal sebenarnya dok ketaq lutut tengok depa semua

 ni nama dia baby, kitorang satu family ambil kucing ni masa aku Form4. Time tuh baby ni kecik lagi, comel je :)

 ni gambar baby yang agak latest la. Y U SO ADORABLE ?? 

time ni sangat lawak, boleh pulak masa adik aku tengah main game, si baby ni duduk depan lappy tuh dan sentuh skrin, dia macam nak ambil mr dino dalam skrin tuh lah. haish, baby baby :)

ha, ini pulak nama dia memey. dia punya la manja sangat, suka main-main dengan sesiapa pon, memang bukan jenis yang suka mencederakan pihak lawan. Jadi anda-anda di luar sana jangan takut dengan dia. Aku berani jaminlah. memang AWESOME ^_^

 si memey ni memang sangat suka tidur atas sofa tuh. dia ni memang layan je kat mana-mana yang dia suka tidur. kadang-kadang tu, kalau orang tengah tidur pun dia boleh menyendeng kat sebelah, konon-konon nak buat aksi manja 


gambar ni sebelum dia pregnant. kecik je. nanti kan bila dia habis bersalin~


see, tengok la keBUNCITan perut dia. tak tahu lah macam mana boleh jadi macam ni. tapi memey ni kuat sangat makan, mungkin nak tambah energy untuk menyusukan anak dia kot


last but not least, ini la anak dia. entah tak tau la siapa bapak dia yang sebenar, kesian betul memey jadi MJ (mak janda), besarkan anak tiga ekor. anak dia siyes aku cakap, comel gila-gila, tak tipu la. seronok je tengok all the kittens main-main *teringat zaman kanak-kanak*



Disebabkan kasih + sayang dekat kucing, aku berat hati nak bagi kucing-kucing ni kat orang. Walaupun kadang-kadang sakit hati tengok ada yang kencing bersepah-sepah, berak sana sini, tapi sebab dah bela, bagi makan minum semua, rasa susah nak lepaskan. Jadi kepada anda semua di luar sana, janganlah kita menyiksa, menghalau atau apa sahaja ke atas haiwan-haiwan ini, kerana mereka juga makhluk ciptaan Tuhan dan binatang kesayangan Nabi s.a.w. Wassalam :)


Terima kasih kerana sudi membaca :)


No comments:

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik