Wednesday, 11 April 2012

The Suits


Assalamualaikum
Peace upon to you :)


Korang mesti terkejut kan kenapa tiba-tiba aku update entry pasal mamat hensem ni. Ha, ni la Patrick J. Adams. Wah nama pon sedap di tambah pulak dengan muka ala ala innocent gitu, boleh jadi bakal menantu mak ni. *lari lari jerit bagitau mak* Mamat hensem ni berlakon cerita baru kat AXN - Astro Channel 702 Diva Universal - hari Rabu pukul 9.05 malam. Promote tau, dapat payment lebih ker ni. Ok ok sebelum aku melalut panjang, meh sini nak story mory pasal cerita ni. 

The Suits ni mengisahkan Mike Ross (Patrick J. Adams) seorang yang bercita-cita nak jadi peguam bila besar, tapi kena buang kolej sebab ditangkap menjual kertas exam kepada anak perempuan Dekan. Disebabkan dia pandai sangat, dia hidup dengan tolong ambil test untuk orang lain. *Bantu-membantu amalan mulia*


Harvey Specter ( Gabriel Macht) ni pulak salah seorang peguam yang boleh kata top la kat Kota New York. Secara tak sengaja, Harvey berjumpa dengan Mike. Harvey sangat teruja dengan Mike sebab walaupun Mike ni tak ada kelulusan dari Harvard University, tapi pengetahuan pasal undang undang sangat banyak. Kira macam genius la orang cakap :)

Ok, sampai sini je aku boleh cerita, kalau nak tau lebih lanjut kena la tengok sendiri. Jangan lupa tau.








p/s: Doakan suadara saudara kita di Acheh selamat semuanya kerana sebentar tadi dapat berita pasal gempa bumi dan ada amaran tsunami


Terima kasih kerana sudi membaca :)

1 comment:

ubi said...

patrick ni memang popular tapi dia gay..

drama how i met your mother pun dia blakon kan.

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik