Wednesday, 27 June 2012

Tragedi Oktober di Bulan Jun ~ Pelangi oh Pelangi

Assalamualaikum
Peace upon to you :)





Wah engkau tajuk entri panjang sampai tak ingat dunia. Konon macam gah sangatlah sampai satu dunia baca. Eh kesah pulak mak jemah ^oo^ Baiklah sebelum aku memulakan sesi kemerepekan yang merupakan perkataan baru yang aku cipta sendiri, jadi aku ada hot story beb nak habak kat hangpa semua.


Aku berani jamin kalau korang baca cerita ni korang akan gelak guling-guling satu rumah sampai rasa nak ajak satu taman join guling sekali. Jadi macam ni, nak dipendekkan cerita, pagi semalam, aku cakap kat mak aku yang aku dah lama tak makan kek. Rasa macam dah dopolohtigapoloh tahun tak makan kek.


Sebenarnya itu hanya taktik aku nak suruh mak aku buat kek sebab aku ni mana reti buat semua-semua, kalau bab makan aku memang teror, tapi kalau bab buat kek, masak semua ni aku pass baton kat mak lah dulu. Jadi lepas sembang-sembang dengan mak sambil breakfast dekat kedai menantu dia, kitaorang pon singgahlah kedai konon-konon nak beli barang-barang buat kek lah.


Sampai ada akak tu macam pelik tengok kitaorang beli tepung kek. Sampai aku rasa macam tercabar dengan pandangan dia yang ala-ala akak angkat kening terangkat tiga tiang dia guna. Bila dah sampai rumah, dengan mengantuknya, aku tidur dulu. Konon cakap kat mak nak ambil energy before buat kek. Sebab nak buat kek kena banyak guna tenaga. Cewah


Jadi selepas agak-agak tenaga tuh dah penuh sampai nak dekat duatiga jam mak aku menunggu dengan penuh sabar, kitaorang pon memulakan projek yang berjuta-juta nilainya tu. Bermula dengan pukul telur, pukul ini pukul itu dan aku hanya melihat dengan senyuman serta mengangguk dari jauh gara-gara terlebih tidur tadi serta bergaya ala-ala chef yang super duper power kononya.



Lepas dah siap semua dah campur itu ini bahannya, maka inilah hasilnya . . .




Cantikkan ? ? Please kata cantik please ^oo^ penat weh buat corak-corak bagai tuh habis berpeluh ketiak-ketiak ni, eh propa gituh. Jadi ini adalah hasil kerja buruh aku dan juga emak yang kononnya berplan nak masuk masterchef malaysia tahun 2020.


Bila semua dah siap, dah kemas itu ini, aku pon nak pergilah panaskan oven dulu before masukkan kek yang dah siap buat tu, tapi dengan tak disangka-sangka sekali lagi sesuatu berlaku yang hampir menyebabkan gempa bumi berskala 10.00 ++ richter, fulamak kuat betul gegaran yang dirasai.


Rupanya . . .




Korang nampak tak yang aku bulatkan dengan ada arrow sekali tuh. Sebenarnya benda tuh dah rosak weh, jadi tak boleh nak guna, dahlah sekali dengan timer. Bila benda tu rosak, memang tak boleh guna langsung sebab oven tuh tak panas pon bila timer tak berfungsi. Korang faham tak apa masalah yang berlaku? Mohon buat-buat faham je lah ya.


Jadi bila dah pening plus bengang sebab oven tak boleh guna, jadi aku decide ajak mak pergi kedai letrik kat depan tuh dengan harapan ada jual sparepart untuk oven ni supaya kek yang kitaorang buat boleh dimakan. Dah lah berpeluh-peluh pergi sana, sekali tokey kedai tu cakap tak ada dan kitaorang punya oven tu stock yang lama, dia dah tak jual jenis yang macam tu.


Tuh lah, orang terlalu sangat guna oven sampai habis rosak semua. Lepas tu, mak aku fikir-fikir, dia kata dia dapat idea, dia guna pisau untuk pusingkan timer tu. Aku mula-mula tak bagi jugak sebab takut apa-apa jadi, mana tahu kot-kot terkena renjatan letrik ke kan, nanti tak pasal-pasal masuk hospital pulak mak aku ni.
Tapi nasib baik semua ok je, alhamdulillah. Lepas mak aku pusingkan timer tuh menggunakan pisau pelik bin ajaib, maka jadi lah seperti ini . . .



Ha, korang nampak tak warna merah menyala dekat timer tuh, dengan loyang kek yang ada kat dalam oven tu, jadi nasib boleh guna lepas mak aku dok godek-godek dengan pisau ajaib dia tuh. Selepas beberapa purnama untuk menyiapkan kek yang penuh dugaan tuh. Maka terhasillah kek pelangi yang sangat sedap dimakan walaupun . . .


Tolong jangan gelak tengok hasilnya . . .









Disebabkan masalah oven dengan kepayahan menggunakan pisau untuk memusingkan timer, itu pasal jadi macam hitam-hitam kat atas kek pelangi tuh. Jadi memang jadi pelangi tuh, cuma mak kata tumbesaran dia terbantut sikit sebab terkejut kot tengok pisau kena pusing timer tuh ^oo^. Oleh itu, kek pelangi ni batut sikitlah, tak berapa nak cantik sangat hehehe. Takpe lah mak kata nanti ada rezeki mak nak beli oven baru yang canggih sikit, so untuk hari raya ni no kuih raya untuk dibuat, semuanya akan dibeli sahaja. Ok ya kawan-kawan.


Lepas ni nak kena tengok Cake Boss untuk meningkatkan mutu penghasilan kek. Tak nak dah jadi macam yang kat atas tuh, malu kalau mak mertua nampak, konfem reject jadi menantu kesayangan.





Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

3 comments:

Yana Aina said...

mak yana slalu buat kek nie ... simple tp cantik ^^

elyna mirsada said...

wow so pelangi..pos ckit kt kite.hehe

fieda said...

alamak...hangus sikit ye..tp sedap kan..

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik