Monday 23 April 2012

5# CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

Assalamualaikum
Peace upon to you :)


kalau nak join klik SINI








Kalau korang tengok je gambar ni, korang mesti dapat rasakan betapa gembira dan seronoknya kitaorang masa ni. Bukan nak cakap apa la kan, tapi gua memang happy gila-gila bila dengan diorang ^_^



KENAPA AKU SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?

Korang semua nak tahu kenapa aku suka berkawan dengan diorang? Meh sini aku cerita. Alkisah pada zaman dahulu kala, tinggal seorang puteri yang kiut lagi miut serta cantik menarik tertarik (AKU LA TU *kembang hidung*)
Ok ok, straight to the point, macam ni mereka-mereka yang dalam gambar tuh semuanya housemates aku. Korang mesti terkejutkan apasal ramai sangat housemate aku, besar ke rumah aku, muat ke semua tu bla bla bla ... +_+
Macam ni, kan aku belajar dekat kuantan (tempat yang banyak pantai tu), kitaorang ditempatkan seramai 15 orang dalam 1 rumah *bapak ramai siooottt*
Well actually, rumah yang kitaorang duduk tu tak adalah besar sangat, muat-muat je la. Korang dapat bayangkan tak 1 bilik kongsi 5 orang. Sardin wey gua cakap. Bila seorang kemas baju, takde sape boleh jalan kat situ, memang block jalan babe ! !
Tapi setelah 1 semester kami tinggal bersama, semua tu tarak hal la. Kami boleh ketawa macam orang gila, jerit sama-sama bila stress assignment berlambak-lambak, kena hantar tutor, tiru sana tiru sini *OPS, JANGAN AMALKAN YA ADIK-ADIK ^_^
Masa bulan puasa,  boleh dikataka sebulan kami semua berpuasa di perantauan, T_T
Bukan senang wey, nak kejar kelas lecture, kelas tutor, mana nak buka puasa, nak sahur, nak tengok movie (itu hanya sampingan). Tapi kami semua tenang menghadapi walau banyak onar dan duri. Kalau korang semua nak tahu, kami semua kongsi share yang sama, kami semua minat KPOP! Layan movie sampai pukul 2-3 pagi, nangis tengok movie sama-sama, takut tengok cerita hantu sama-sama, study sama-sama. Pendek kata semua sama-sama kecuali MANDI la. Takkan itu pon nak sama, MANA BOLEH !! 
Sebenarnya banyak sangat memori kami semua, tak tahu macam mana nak ucapkan, walau kami semua datang dari negeri yang berbeza, ada dari KL, SELANGOR, SABAH, SARAWAK, PAHANG, NEGERI SEMBILAN, KELANTAN . . . 
Tapi bila dah duduk sekali bersama, segalanya tidak kekok, tak ada lagi yang menangis teringat hal lain ^_^


SESUNGGUHNYA SAYA SUKA BERKAWAN DENGAN MEREKA. SEKALI BERSAMA, BERSAMA SELAMANYA. KEEP IN TOUCH ^_^






p/s: JOM JOIN CONTEST INI




Terima kasih kerana sudi membaca :)

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik