Thursday, 21 June 2012

118# "Giveaway Aku Suka Saya Benci by Dieya".

Assalamualaikum
Peace upon to you :)






kalau nak join, sila tekan sini


5 Perkara yang aku suka:

  1. Suka sangat makan nasi dengan ayam. Kira ni makanan feveret lah. Tak kisah tak dapat makan makanan lain asal dapat makan nasi dengan ayam. Yummy
  2. Sangat suka dengan cekelat (chocolate). Lagi-lagi kalau dapat cadburry yang chocolate mousse. Fuhh memang superb lah. Terasa macam terbang dapat makan chocolate, heaven weh gua cakap sama lu
  3. Suka dengan kucing. Alahai gua tak boleh tengok kucing datang, gua rasa nak picit je muka kucing tu sebab comel sangat. Even gua ni tak lah penyayang sangat kan, tapi gua sedih kalau tengok kucing tuh sakit. Tapi gua ni brutal sikit, jadi nangis dalam hati je lah, tak nak tunjuk. Tapi tengok mata dah berkaca-kaca beb
  4. Suka tengok rancangan masak. Gua mengaku memang gua suka sangat tengok cooking program macam masterchef, cake boss or yang related dengan cooking lah. Sebabnya gua ni dulu bercita-cita nak bukak bakery and gua nak masuk culinary art college tapi disebabkan beberapa faktor, cita-cita tuh terbiar sahaja. Mungkin insya allah suatu hari nanti, korang tunggu tau aku bukak bakery and bagi korang diskaun untuk first customer, insya allah doakan
  5. Suka window shopping. Aku memang suka shopping, tapi bukan jenis yang beli banyak-banyak sampai duit habis berkepuk-kepuk tu. Bukan bukan bukan, it's not me (konon nak save lah). Aku jenis yang suka jalan sana jalan sini, masuk kedai sana, masuk kedai sini, cuba kasut-kasut yang ada dalam kedai tu, bukan nak beli pon, konon gaya macam nak beli, tapi tak pon sebenarnya. Saja suka-suka nak memenuhkan kedai tu kan, biar pekerja kedai tu rungsing ikut aku ke hulu ke hilir (maaf ya cik pekerja)


5 Perkara yang saya benci:

  1. Tak suka makan sayur. Well actually dulu aku memang suka makan sayur masa duduk dengan family angkat, diorang ajar aku makan sayur taugeh, sayur itu sayur ini, macam jenis lah. Tapi bila family sebenar aku pindah ke tempat lain (aku ikut sekali), aku pun dah malas nak makan sayur. Jadi sampai sekarang, aku memang tak suka makan sayur. Kalau boleh tak nak ada sayur langsung dalam memu makanan aku tuh, sebab tu aku suka makan nasi dengan ayam je (tak ada sayur kan)
  2. Well i have to say this, i really don't like smoker. Bukan nak kata benci sungguh sebab nanti takut perkara yang kita tak suka tu nanti kita akan dapat (harap-harap tak), sebabnya bau asap rokok tu sakit hidung dan tekak. Rasa nak lari jauh-jauh kalau dekat dengan asap rokok tu. Jadi sahutlah seruan "TAK NAK MEROKOK"
  3. Aku benci dengan berukband (broadband) yang tersangatlah lambat serta lembap yang membuatkan aku kena tidur selama 12 jam sebelum berukband tu pulih. Buat aku rasa nak campak ini incik berukband masuk dalam sungai klang tu biar dia mati lemas kat situ baru puas hati (evil laugh). Sakit hati, nak online pon susah
  4. Suka buat kerja last minute. Bukan apa bila buat kerja last minute ni susah tau, time tu lah nak kelam kabut, benda pa yang kita nak semua tak ada, hilanh sana hilang sini, lepas tu mula nak naik angin tak tentu pasal, campak semua barang dan semua benda tak kena. Well, perkara macam ni semua orang pernah rasa dan lalui kan, siapa tak pernah tu memang aku respect habis lah. Itu sebab parents, cikgu, lecturers pesan jangan suka buat last minute and it is same goes to study as well. Jadi adik-adik abang-abang kakak-kakak janganlah kita amalkan study last minute or buat kerja last minute ya
  5. Aku benci bila tengok tulisan aku hodoh lagi hodoh dari ayam memang cakar ayam tu bila dah berkurun lama tak menulis. Gila weh aku cakap kat korang, aku siap rasa nak balik kertas yang aku tulis tu kat dinding bila tengok tulisan yang buruk hampeh tu, Kesiankan dekat aku. Tapi bila dah lama-lama, tulisan jadilah lawa balik


Jadi sekian sahaja 5 Perkara yang aku suka dan 5 Perkara yang saya benci. Harap anda semua dapat menilai satu-persatu info yang aku nyatakan. Ambil yang baik, buang yang buruk ya kawan-kawan ^_^





Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

3 comments:

E-ra paSha said...

gud luck! era dtg sini nak tag kamu untuk join contest mudah dan lumayan!! jom tengok ---> http://akulahe-rapasha.blogspot.com/2012/06/contest-muka-marah-paling-cute.html

Unknown said...

Dri segmen yang sama :D
Btw jom join ga ni :D banyak hadiah owesomee~~

>>http://farra-izzaty.blogspot.com/2012/05/miss-jijie-1st-giveaway.html

Nour Adieb said...

Datang dari segmen yg sama,peace :p

http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/06/giveaway-aku-suka-saya-benci-by-dieya.html

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik