Monday 14 May 2012

62# Segmen: Selamat Hari Guru 2012| Siapalah Aku Tanpa Guru

Assalamualaikum
Peace upon to you :)




Chegu Zubir


nak join ?

tekan sini


nama sekolah & tahun

1. Sekolah Menengah & Tahun : SBP Integrasi Gopeng (2006-2010)
2. Sekolah Rendah & Tahun : SK Seri Selamat (2003-2005) SK Dato' Yahya Subban (2000-2002)

nama guru kesayangan 

Aini Saadah Mohd Saod

ustazah Aini banyak memberi tunjuk ajar kepada aku masa aku mula-mula datang sekolah baru selepas berpindah pada tahun 2003. ustazah Aini juga banyak menasihati aku, beliau yang mula-mula melatih dan mengorak langkah aku ke dunia bercerita. kalau korang nak tahu, aku masa sekolah rendah memang talkative sangat. semuanya berpunca sebab aku masuk pertandingan yang dianjurkan di sekolah iaitu pertandingan bercerita. ustazah Aini yang membantu aku menyertai pertandingan tersebut. tambahan lagi, aku jenis yang kuat gemuruh or nervous bila buat persembahan depan orang ramai, ustazah nasihatkan aku, kalau aku gemuruh or ada lupa text cerita, tengok wajah beliau, konfem boleh ingat balik. seriously, aku buat benda yang sama, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. aku seronok berada di bawah bimbingan beliau. alhamdulillah dengan bimbingan beliau, aku berjaya menempatkan diri untuk ke pertandingan bercerita kisah-kisah al-quran peringkat kebangsaan tahun 2005 untuk Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan di Miri, Sarawak. sekali lagi aku bersyukur kerana aku berjaya mendapat tempat pertama. semua ini berkat usaha ustazah Aini yang selalu mengajar aku untuk menjadi manusia berguna. sesungguhnya kenangan bersama ustazah Aini memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit =')





Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

The Type Writer

The Untold Stories

Koleksi Tabung - Jom Klik

Koleksi Tabung - Jom Klik